Thursday, August 7, 2008

080808

080808 ?

Apa pula nombor ni ? Apa yang menarik?Apa yang istimewa? Ada detik bersejarah? Kalau 010101 memang la wa faham..... Ia memang ada maksudnya.....0 dan 1 adalah nombor binari yang berkaitan dengan bahasa komputer...wa budak IT la .. kalau 080808 wa tak tahu beb!!!

Apa yang menariknya nombor 080808....apa maksudnya ye?

O..ada yang berkata ia berkaitan dengan tarikh? Tarikh keramat? 8 Ogos 2008 ....jadi apa yang menariknya.....yang tahunya tarikh bermulanya Perasmian Sukan Olimpik 2008 memanglah pada 080808....jadi itu ke yang menariknya? tak le menarik sangat.....

Apa pula yang istimewa pada 8.08 pagi bertarikh 8 ogos 2008....ia menjadi 0808080808...lagi fening2...(pening)...

Udah le...jenoh mau fikir>>>>Jadi, lu fikir la Sendiri!!!

Nasihat waRock dengan JAKIM: Jangan main nombor udah le atau mempercayai benda khurafat!!!

Salam dari http://www.wa-rock.blogspot.com/

MASMI 2008

MALAM ASPIRASI SENI MUZIK ISLAM 2008 anjuran IKIM.fm.... sebaik selesai je program hari keluarga II dan menghantar geng Jamil dan isteri dari kepong , pada malam tu , wa pun nak berangkat pulang ...namun tiba-tiba wa ingat malam tu ada program MASMI anjuran IKIM...bersempena Ulang Tahun ke 7 ikim.fm..... wa datang agak lambat selepas isyak..

Wednesday, August 6, 2008

Halaqah "Bujang" @ II FAMILY DAY 03


Bersambung balik tentang II Family Day yang ke-3, apa yang dapat dinyatakan banyak aktiviti telah diadakan seperti sukaneka, mandi sungai...tazkirah confirm ada punya...

Tapi ada satu program yang tiada dalam tentatif Family Day telah diadakan secara rahsia oleh satu pakatan yang dinamakan "Pakatan Bujang" dari kalangan muslimin...Pakatan Bujang yang tiada kena mengena dengan Pakatan Rakyat ni telah berkumpul secara aman dan sukarela selepas maghrib di surau(musolla) kem. Muslimin ini berhimpun di sana dan membuat suatu halaqah yang dinamakan Halaqah Bujang bagi mengisi masa terluang menanti Isyak...lagipun mereka ni dah atk tau nak buat agenda apa ...nak harap muslimin yang berkeluarga bersama mereka tak da harapan le....dah le dok chalet yang jauh dari dorm mereka....

Alkisahnya, halaqah ni terdiri daripada muslimin bujang iaitu wa sendiri,azrul,zaini(ketiga-tiga umur dah 27 ni),yazran,asmawi,merico,hafiz,keon,zulfadli dan lain-lain. yang bujang trang tang tang....
Mereka ni berkumpul dan berbincang sesama mereka dengan sesi taaruf diri, cita-cita harapan, ciri-ciri wanita pilihan , masa untuk menamatkan zaman bujang dan sebagainya.Macam -macam soaljawab timbul sehingga ada yang melucukan, namun biarlah ia menjadi rahsia pakatan bujang ni walaupun rakaman video ada dibuat...he...he...(yang dah kahwin macam safa,zubir apatah lagi epul yang btunang tu sorry ye,,,,)

Tambah menarik lagi buat halaqah ni.....TUNGGU>>>>>>

II FAMILY DAY KE 3

Tetiba pulak rasa nak tulis tentang Family Day Islamic Intellectual ke 3 yang telah berlangsung pada Julai 2008 di Pangsun, Selangor...Kalau nak dikira, alhamdulillah ini kali ketiga wa dapat hadir ke Family Day II ni (kira ahli tetap la ni, belum pernah terlepas) First time, kalau tak silap dibuat pada 9 Feb 2005( time Tahun Baru Cina) di Lubuk Timah dekat area Simpang Pulai, Perak, second pulak kat Sungai Congkak, pada 11 November 2006 (kira dekat dengan wa punya Masihi Birthday, kira sambut kat sana la tu, tapi tak dapat hadiah pun).
Cerita pasal Family Day ke 3 ni.....wa rasa gembira la juga dapat jumpe friend2 lama masa belajar kat PUO dulu dalam Persatuan Siswa Siswa Islam.. terutamanya otai-otai macam Alongsafa,BroZubir,AbgHusin,akhiSyam,Fadh,Azrul,Zaini,Jamil(ini mesti ingat,classmate wa beb...)Mawi yang tak World tapi Taiping Mali dan lain-lain lagi...(sori pada yang tak disebut...Bagi yang muslimat...wa tak berapa kenal sangat la beb otai-otainye kecuali beberapa kerat macam Halida(zaujah Jamil),Along Imah, Soleha,Faridah,Huda dan lain-lain....

Tapi wa rasa majlis ni kurang meriah kehadirannya cuma dalam 40 orang je (mungkin pasal awalnye nak buat kat Pangkor tapi tukar plan last minit (betul ke tak ni). Tambah Lagi orang kuat, Epul(classmate wa yg dipanggil Pak Mud yang dah btunang tapi tak bagitau wa pun) tak datang Apapun wa tak kesah lah sebab ari tu wa memang free dan tak jauh dari umah wa kat bangi (selalunya wa every weekend sibuk macam VIP). Pasal tak kesah punya , wa pun habis koje, pun terus ke lokasi tu kat Pangsun bawa moto member Pie, Yamaha 135 LC first time bawa memang best..(nak beli satu ni...). Jauh juga perjalanan lebih kurang 45 minit..sebab tak tau jalan mula-mula.....Sampai kat sana wa kira antara 8 terawal yang dah sampai... malam tu wa redah balik bangi. bersama Jamil selain Merico yang pulang ke KL..(bersambung )

SALAM..

SALAM PERKENALAN DARI WaRocK YANG Belum Pasti WARAQ....AKHIRNYA DAPAT HAMBA MEMBINA BLOG INI YANG TELAH DIPENDAM DI HATI SEJAK HAMPIR DUA TAHUN... MAKLUM LA TIADA KESEMPATAN UNTUK MEMBINA... WALAUPUN ISU MENGENAI BLOG TELAH LAMA KU DENGAR MELALUI SEGMEN IKIM DOT COM DI RADIO IKIM.FM MELALUI SYEIKH SAIFUDDIN( TAK TAU ADA LAGI TAK SYEIKH NI DI IKIM, APAPUN TERIMA KASIH SYEIKH).., NAMUN SEJAK SELEPAS PILIHANRAYA KEGILAAN MASYARAKAT MALAYSIA TERHADAP BLOG MAKIN MENJADI-JADI SEBAGAI SUATU TEKNOLOGI BARU DALAM MENYALUR MAKLUMAT... K, JUMPA LAGI....